CHOC KLATE

CHOC KLATE
MEMEYLA SEDAP

Ahad, 19 Mei 2013

TIPS SEIMBANGKAN RASA COKLAT


Kadang kala kita rasakan sesuatu coklat tersebut terlalu manis apabila dicampurkan dengan bahan lain. Dan ada juga yang terasa terlalu pahit. Jadi, bagaimana cara untuk menjadikan rasa coklat tersebut seimbang dan tidak terlalu manis atau pahit? Ada beberapa tips saya akan kongsikan bersama anda .Teruskan membaca.


Tips seimbangkan rasa manis coklat.

1. Kaji rasa bahan lain yang digunakan bersama coklat.

Sesetengah coklat, kita akan gunakan bahan lain bersamanya seperti filling dan caramel. Kaji rasa bahan tersebut dahulu. Jika ianya terlalu manis, kita gunakan bersama coklat gelap. Jika rasa manis bahan tersebut sedang-sedang sahaja, mungkin sesuai digunakan bersama coklat susu.

2. Cuba rasa coklat dari jenama yang berbeza.

Sesetengah jenama coklat, coklat susu mereka terlalu manis. Dan coklat gelap juga terlalu pahit. Banyakkan mencuba rasa coklat jenama yang berlainan untuk mendapatkan rasa yang ideal.

3. Campurkan coklat susu dan gelap sehingga mencapai takat manis yang sesuai.

Kadang kala coklat susu yang kita beli mempunyai rasa yang terlalu manis. Jadi, untuk elakkan pembaziran, campurkan coklat gelap bersama coklat susu tersebut sehingga rasanya menjadi seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan